Jumaat, 1 April 2011

Minum Petang...

0 ulasan
Bicara kedai kopi hangat dengan cerita video ‘terhangat’ yang dikatakan melibatkan Pemimpin Pembangkang. Ada yang ragu-ragu, ada yang langsung tidak mempercayainya dan ada pula yang tidak mengambil pusing, hanya menjadi tukang gelak bagi memeriahkan suasana sahaja. Gelak mereka lebih hebat dari riuhnya tontonan Raja Lawak. Seperti yang saya katakan tadi mereka ini tidak ambil pusing langsung tentang kes ini, ini kerana mereka bukanlah penyokong sebelah sini mahu pun sebelah sana malah pergi mengundi pun tidak mahu. Ada juga terdengar suara yang berbisik, orang politik ni kalau dok sebelah sini bukan main lagi dok hentam sebelah sana tapi kalo dah masuk sebelah sana pulak mula la dok pekena yang sebelah sini, umpama lupa apa yang pernah dipertontonkan sebelum mereka ‘menyeberang’. Dulu semuanya betul dan yang belah sana buat semuanya salah tetapi apabila dah jadi ‘penghianat’ ni jadi terbalik pula.

Sekali sekala tu saya ada juga menyampuk perbualan mereka, cuba membuka isu kerajaan negeri yang muda remaja tetapi telah mendapat pengiktirafan yang cemerlang, lima bintang. Ada yang terus mengiakan malah ada yang diam seribu bahasa. Tetapi agak malang masih ada yang terpinga-pinga, ternganga-nganga tidak mengetahui berita ini. Begitulah antara watak yang mungkin kite temui di mana-mana pun. Terdetik dihati saya, adakah mereka ini tidak terdedah dengan maklumat sebegini atau mereka hanya menumpukan berita TV dan warta arus perdana sahaja???

Selamat Datang !!!

0 ulasan

Terima kasih kepada semua pengunjung. Komen, perkongsian dari semua amat diharapkan. Sila guna Bahasa yang sopan dalam penulisan yang ingin dipertontonkan. Bersama-sama kita memeriahkan lagi arena Blog ini walaupun kita berbeda pandangan,pendapat atau pemikiran.